
Segera buat aduan jika ada kenaikan harga barang – Hee Sem
AYER KEROH 11 Jan – Pengguna dinasihatkan membuat aduan segera kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) jika terdapat salah laku premis perniagaan yang cuba menaikkan harga barangan.
Exco Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan sebarang notis kepada premis yang terlibat sekiranya menerima aduan berkenaan kenaikan harga barangan tersebut.
“Kita akan pantau kalau ada rasa tempat (premis perniagaan) harga naik dia boleh buat aduan kepada KPDNHEP dan kita akan pantau… kalau harga masih berpatutan kita terima (dan) kalau tidak kita akan bagi notis sebab kita pun kena jaga pengguna.
“Sekarang seluruh Malaysia memang alami masalah kenaikan harga barang, kos semua dah naik tapi kena lah harga yang berpatutan jangan melampau,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).
Ujarnya, jika pengguna merasakan mereka dianiaya oleh peniaga, mereka perlu segera membuat aduan supaya pihak KPDNHEP boleh menyiasat sendiri masalah tersebut.
“Kalau ada pengguna rasa harga barangan seperti makanan dan lain-lain sudah naik, boleh buat aduan… tapi bukan semua harga barang naik tinggi bergantung kepada peniaga itu sendiri,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...