
Segamat daerah kedua dilanda banjir di Johor
JOHOR BAHRU, 27 Dis – Segamat menjadi daerah kedua dilanda banjir di Johor dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan 25 mangsa daripada lima keluarga dibuka pada 2 petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata sebanyak 17 penduduk daripada empat keluarga dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, manakala lapan sekeluarga berlindung di PPS Balai Raya Kampung Jabi.
Sebelum ini, sebuah PPS dibuka di Mersing iaitu PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin susulan hujan lebat berterusan.
“Jumlah mangsa banjir di Kampung Orang Asli Peta kekal 83 orang daripada 25 keluarga yang kesemuanya ditempatkan di PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata laluan masuk ke Kampung Orang Asli Peta masih terputus hubungan sejak semalam dan pemantauan giat dilakukan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Sementara itu, paras air sungai di Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat, berada pada paras amaran iaitu 5.62 meter.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...