Sorting by

×

Sebuah masjid baharu dijangka dibina di Selandar – Adun

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 16 Disember – Sebuah masjid baharu yang mampu memuatkan 1,200 jemaah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dijangka dibina di kawasan Selandar pada pertengahan tahun 2023.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Fairul Nizam Roslan berkata pembinaan masjid berkeluasan 1.234 hektar itu sekali gus menjadi berita gembira buat penduduk di Selandar yang menunaikan ibadah dengan lebih selesa.

Katanya, pembinaan masjid baharu itu menelan kos RM8.6 juta yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini dipimpin mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob dan masjid itu boleh memuatkan kira-kira 1,200 jemaah.

“Kita jangkakan pertengahan tahun 2023 ianya mula dibina kerana iklan untuk tender pembinaan masjid pada Mac 2023.

“Setakat ini kita ada lapan masjid di DUN Asahan, (dan) pembinaan masjid baharu ini sebenarnya untuk menampung kapasiti penduduk di Selandar yang semakin bertambah termasuklah pelajar-pelajar institusi pendidikan yang ada di kawasan ini.

“Setakat ini kerja-kerja mengukur telah disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), pelan konsep untuk muatkan 1,200 jemaah juga telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 17 Oktober lalu,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini hari ini.

Ujarnya bagi konsep atau reka bentuk masjid tersebut adalah seakan-akan Masjid Ar-Rahman Tanah Merah Krubong.

“Selepas ini akan ada sembilan masjid di DUN Asahan, insya-Allah reka bentuk masjid seakan-akan Masjid Ar-Rahman Krubong.

“Saya harap dengana adanya masjid ini kita dapat memberikan ruang yang lebih selesa kepada para jemaah yang semakin bertambah dalam menunaikan ibadah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3180
Kongsi :
Previous post KPDN lancar ‘ Ops Terjah’ untuk periksa masalah bekalan, harga barangan asas
Next post Runtuhan tanah batang kali libatkan 450,000 meter padu tanah
Ubah saiz-+=