
Sebahagian daripada beberapa rumah Orang Asli tertimbus akibat tanah runtuh
IPOH, 17 Nov – Sebahagian daripada beberapa rumah Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai di sini tertimbus akibat kejadian tanah runtuh petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 10.05 malam.
“Kami segera mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai ke lokasi bagi kerja menyelamat,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurut jurucakap itu, kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan pihak Jabatan Kerja Raya telah dimaklumkan bagi tindakan lanjut.
Beliau berkata operasi masih diteruskan sehingga kini bagi memantau keselamatan di kawasan sekitar.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA DESTINASI SUKAN DAN WARISAN
TANJUNGÂ BIDARA 13 April - Penganjuran sukan memanah tradisional mampu memperkenalkan lagi Melaka sebagai destinasi sukan dan warisan, sekali gus...
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...
RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG
KLEBANG 13 April - Walaupun berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di perkarangan...
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...