Sorting by

×

SCOOT ‘TOUCHDOWN’ DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 23 Oktober – Pesawat syarikat penerbangan tambang rendah Singapore Airlines (Scoot) membawa 112 penumpang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam, di sini, petang tadi.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata penerbangan pertama itu mendarat di LTAM kira-kira jam 2.55 petang dan dianggap sebagai satu sejarah buat pengangkutan udara Melaka.

Katanya, terdahulu penerbangan mengambil masa kira-kira 50 minit itu belepas dari Lapangan Terbang Changi, Singapura ke LTAM dengan bersama seramai 112 penumpang.

“Pesawat sama kemudian berlepas dari LTAM ke Lapangan Terbang Changi bersama 107 penumpang. Penerbangan Scoot ke Melaka dijadualkan beroperasi lima kali seminggu iaitu Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula hari ini.

“Scoot juga akan menyediakan penerbangan pada hari-hari tertentu untuk memberi lebih banyak pilihan kepada penumpang terutama bagi mereka yang mahukan waktu perjalanan lebih fleksibel,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat Scoot ke Melaka di LTAM di Batu Berendam.

6109435926401893710
KUMPULAN pertama penumpang pesawat syarikat penerbangan tambang rendah Singapore Airlines (Scoot) di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam. Foto Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad serta barisan Exco serta Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1002
Kongsi :
Previous post 3 PUSINGAN ‘U’ BERTINGKAT DARI PULAU GADONG KE CHENG
Next post PENERBANGAN SCOOT KE MELAKA, LEBARKAN AKSES PELANCONGAN ANTARABANGSA
Ubah saiz-+=