
‘Saya tak tahu, saya tak ada’
MASJID TANAH 15 Mac – “Saya tak tahu, saya tak ada.”
Demikian komen ringkas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung dakwaan wujud perbincangan antara pemimpin parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja UMNO ke negeri ini siang tadi menegaskan pihaknya sama sekali tidak tahu-menahu berhubung dakwaan itu.
Semalam, media melaporkan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mendedahkan partinya berkemungkinan menjalin kerjasama dengan UMNO selepas wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti itu.
Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu dilaporkan berkata, perbincangan awal membabitkan pimpinan kedua-dua parti dan menunjukkan perkembangan positif.
Sementara itu, Mohamad ketika ditanya mengenai isu lompat parti yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, enggan mengulas lanjut.
“No comment…yang lompat-lompat itu biarlah dia melompat,” katanya berseloroh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...