“Saya tak marah Sulaiman” – Idris Haron
BANDA HILIR 5 Okt. – Datuk Seri Utama Idris Haron menyatakan beliau tidak mempunyai sebarang masalah atau menyimpan perasaan tidak senang dengan ADUN Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
ADUN Sungai Udang itu sebaliknya berkata, beliau tidak bersetuju dengan pimpinan dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini yang didakwa bersifat flip-flop atau terdapatnya campur tangan pihak luar dalam menentukan keputusan urusan kerajaan negeri.
“Saya ingin menjawab dakwaan kononnya saya mempunyai masalah dengan Sulaiman. Saya jelaskan di sini saya dengan beliau baik-baik sahaja dan saya tak ada sebarang isu peribadi dengan Sulaiman kerana beliau seorang pemimpin yang baik.
“Sebaliknya saya dan tiga ADUN lain membuat keputusan ini kerana tiada kesepakatan dalam pengurusan pentadbiran kerana adanya campur tangan pihak luar. Mana boleh ada ‘dua singa dalam satu gunung’,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Casa Del Rio, Banda Hilir.
Hadir sama, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.
Dalam sidang media tersebut, beliau turut menjawab beberapa dakwaan daripada sidang media UMNO yang dijalankan pada semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...