Saya setia dengan BN – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 28 Okt – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali terus setia bersama parti Barisan Nasional (BN) dan menerima keputusan yang dimuktamadkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, keputusan untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana parti politik bukan ditentukan oleh individu, sebaliknya parti (BN) itu sendiri.

“Saya ingat presiden (Ahmad Zahid) dah bagi noktah takkan saya nak padam noktah itu, I just follow whatever, saya setia kepada parti saya, apapun presiden cakap, kalau noktah.. jadi noktah la.

“Itu keputusan parti bukan keputusan individu, itu keputusan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perluasan Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Dengan Pemberian Dos Tambahan dan Dos Penggalak di Dewan Seri Negeri, di sini hari ini.

Ujarnya, bagaimanapun segala keputusan dibuat sama ada untuk bekerjasama atau tidak diserahkan kepada Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO.

“Terserah kepada presiden (Ahmad Zahid), kalau dia kata hari ini bekerjasama dengan siapa pun, kita akan kerjasama.. saya tak boleh nak cakap benda tu boleh ke tidak, arahan parti saya lebihkan kepada parti.

“Keputusan sepertimana saya sebutkan, itu bukan arahan individu, ia diputuskan dalam perhimpunan agung UMNO begitu juga usul-usul di peringkat cawangan sebelum ini, apa saja nak bekerjasama atau tidak itu yang diangkat dalam Perhimpunan Agung UMNO,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

514
Kongsi :
Previous post Perlu ada fleksibiliti dalam SOP – Jailani
Next post BN dikompaun RM10,000 langgar SOP
Ubah saiz-+=