Sorting by

×

Saya mohon maaf, pemain keluarga dan kekuatan saya

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PAYA RUMPUT 4 Januari – Jurulatih bola tampar yang mencetuskan kontroversi selepas bertindak menampar dua pemain remajanya memohon maaf secara terbuka, lewat petang ini.

Saiful Hadee Amar, 44, berkata, susulan kejadian itu, diri amat kesal kerana langsung tidak terniat untuk mencederakan anak buahnya.

“Saya tidak berniat untuk mengambil tindakan sehingga mendatangkan kecederaan, tindakan saya adalah untuk menaikkan lagi semangat dan memotivasikan mereka.

“Latihan yang saya (kendalikan) ada pelbagai jenis antaranya pendekatan psikologi, intensif dan fizikal dalam membentuk pemain,” katanya.

Dia ditemui selepas satu perjumpaan khas lewat petang ini yang dihadiri Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail; Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Hean Boon Yeow dan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka, Asri Ninggal.

Menurutnya, dengan keterlanjuran tindakan itu, dirinya bersedia dan reda dengan sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap sejurus siasatan selesai dijalankan kelak.

“Saya sesungguhhnya kesal dengan apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada semua pemain terutamanya kedua pemain yang terbabit serta ibu bapa mereka.

“Pemain-pemain adalah keluarga dan kekuatan saya, tanpa mereka saya tidak boleh menjadi jurulatih.

“Saya sedia dan reda dengan segala keputusan yang bakal dikenakan kepada saya selain berharap perkara ini menjadi pengajaran pada diri sendiri,” katanya.

Ujarnya, dirinya bukan sahaja berlapang dada memohon maaf kepada pemain dan keluarga mereka namun juga buat seluruh komuniti bola tampar di negara ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2429
Kongsi :
Previous post BNM ada hak, kuasa tentukan OPR tanpa campur tangan kerajaan – PM Anwar
Next post Harga petrol RON97, RON95, diesel kekal
Ubah saiz-+=