Sorting by

×

‘Saya alukan pandangan, maklum balas rakyat’ – KM

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 30 Sept. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengalu-alukan sebarang pandangan dan maklum balas bernas rakyat untuk merangka Belanjawan 2022 Negeri Melaka.

Menurutnya, ia bagi memastikan agar rakyat Negeri Melaka dapat bersama mencurahkan pendapat serta memberi idea untuk membina semula ekonomi dan kemakmuran Negeri Melaka yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.

“Ini termasuklah mengambil kira pandangan pakar ekonomi, sektor industri, penggiat industri pelancongan, golongan peniaga, rakan strategik daripada pembangkang.

“Sehinggalah pendapat bernas daripada golongan rakyat yang mewakili kelompok B40, M40 dan T20 secara keseluruhan.

“Besarlah harapan saya, agar rakyat Negeri Melaka dapat bersama-sama mencurahkan pendapat serta memberikan idea bagi kita secara bersama membina semula ekonomi dan kemakmuran negeri,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Sulaiman berkata, pendapat orang ramai menjadi nadi dan kunci kemakmuran Negeri Melaka untuk bersama-sama kerajaan negeri bagi merangka ‘Bajet Rakyat’ yang benar-benar inklusif, selaras dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035).

“Seperti tahun lalu, saya ada minta pendapat dan maklum balas daripada Orang Melaka khususnya menerusi platform media sosial Facebook rasmi saya, Sulaiman Md Ali.

“Jadi untuk merangka Belanjawan 2022 Negeri Melaka akan datang, saya fikir elok sekali lagi bertanyakan orang Melaka pendapat mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

531
Kongsi :
Previous post Tidur lewat, tidak bersarapan punca pelajar longlai selepas divaksin- Dr Noor Azmi
Next post Piala Malaysia: Melaka United aibkan naib juara Liga Super
Ubah saiz-+=