‘Saya akan sentiasa datang Melaka’ – Tok Mat
MASJID TANAH 5 Okt. – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Melaka bakal menjadi negeri yang kerap dikunjunginya.
Ia berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada bila-bila masa dalam tempoh 60 hari bermula hari ini.
Katanya, kedatangannya itu adalah memastikan kesemua jentera UMNO dan Barisan Nasional bersiap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan.
“Saya akan sentiasa datang ke Melaka sehinggalah hari penamaan calon nanti dan kita akan berkempen selama beberapa hari seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya ketika ditemui dalam pertemuan dengan Biro Politik Melaka, di sini, malam ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai tawaran Perikatan Nasional (PN) yang sudi bekerjasama dengan UMNO dalam PRN, Mohamad berkata, ia terserah kepada keputusan kepimpinan UMNO di Melaka.
Bagaimanapun, katanya, segala cadangan kerjasama itu perlulah mendapat kelulusan kepimpinan pusat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...
W.R.U.R JELMAKAN LEBIH 40 PENCAPAIAN UNTUK WARGA KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Penganjuran edisi pertama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
MASYARAKAT KUALA LINGGI DAPAT LIMPAHAN W.R.U.R
KUALA LINGGI 18 Januari - Masyarakat majmuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi mendapat pelbagai limpahan manfaat menerusi...
KAMPUNG DIGITAL MELAKA LENGKAP DALAM 6 BULAN
KUALA LINGGI 18 Januari - Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka akan lengkap dalam tempoh enam bulan, kata Ketua Menteri Datuk...
RUMAH KAHWIN MERCU EKONOMI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Rumah Kahwin berpotensi beri impak positif kepada ekonomi masyarakat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
GENG 04 ATAU 30 BERI RUANG ANAK JATI MELAKA BERBAKTI
KUALA LINGGI 18 Januari - Penubuhan Geng 04 atau 30 iaitu kumpulan sukarelawan bencana dan gotong-royong bakal memberi pendedahan kepada...