‘SATU SUMBANGAN SERIBU MAKNA’

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

TANJUNG BIDARA 21 Oktober – “Sumbangan ini membawa seribu makna buat saya dan keluarga menjelang Deepavali tahun ini. Kami sangat berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kerana sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan bebanan kami,” kata, V. Supayyah, 46.

Dia yang menetap di Tanjung Bidara berkata, bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantunya sekeluarga membeli persiapan untuk perayaan itu pada hujung bulan ini.

“Saya terharu sebab bantuan ini dapatlah kurangkan bebanan kami sekeluarga sebab keseronokan tahun ini amat berbeza kerana dapat melakukan persiapan bersama suami dan anak-anak.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri terutama Ketua Menteri yang tidak pernah melupakan kami,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Supayyah antara 175 komuniti India dalam Parlimen Masjid Tanah telah menerima sumbangan wang tunai dan kit makanan disampaikan Ab Rauf bersempena Program Penyampaian Sumbangan Deepavali Tahun 2024 Peringkat Parlimen Masjid Tanah, di Villa D’ Acqua di sini hari ini.

6102459014022545233
M. Sinnasamy

Seorang lagi penerima, M. Sinnasamy, 53 menyifatkan sumbangan itu sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap semua bangsa di negeri ini lebih-lebih lagi untuk meraikan perayaan.

“Setiap tahun pasti akan ada bantuan disampaikan Kerajaan Negeri untuk komuniti India seperti kami dan kami bersyukur sebab bantuan ini betul-betul membantu untuk kami membeli persiapan sempena Deepavali.

“Melaka sangat beruntung kerana mempunyai Ketua Menteri yang cakna dan banyak banyak membantu semua bangsa tanpa mengira apa jua fahaman,” katanya.

Sementara itu, V. Machap, 27 berkata, sumbangan diterima itu dapat membantu keluarganya yang sehingga kini masih belum membuat persiapan sempena Deepavali.

“Kami belum buat apa-apa persiapan lagi walaupun berbaki 10 hari untuk Deepavali tapi dengan bantuan kami dapat menggembirakan saya dan keluarga sebab dapatlah kami membeli kuih-muih dan pakaian untuk hari raya nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

53
Kongsi :
Previous post JAMUAN DEEPAVALI MELAKA TAMPIL MENU ‘ALA MALAYSIA’
Next post KONTINJEN MUALAF MELAKA CEMERLANG
Ubah saiz-+=