
40 mangsa banjir di Alor Gajah, satu pusat pemindahan sementara dibuka
ALOR GAJAH 18 Dis – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Alor Gajah susulan hujan lebat sejak petang semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin berkata PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal itu dibuka sejak 9 malam tadi.
Katanya, ia menempatkan seramai 40 mangsa daripada 11 keluarga yang terjejas banjir kilat akibat hujan lebat semalam.
“Semua mangsa dipindahkan selepas Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Jeram dan Kampung Taboh Naning dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 14 kawasan di daerah Melaka Tengah dinaiki air namun tiada PPS dibuka untuk memindahkan mangsa terjejas.
Tambahnya, antara kawasan terjejas banjir di daerah itu termasuk Taman Bukit Beruang Melawis, Hang Tuah Mall, Jalan Ong Kim Wee, Kampung Hulu, Kampung Morten dan Kampung Chetti.
“Manakala kawasan terjejas banjir di Jasin melibatkan Lubuk Kasau dan tiada PPS dibuka setakat ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

