Satu PPS di Durian Tunggal masih dibuka, dua ditutup
DURIAN TUNGGAL 3 Nov – Hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka manakala dua lagi ditutup di daerah Alor Gajah susulan mangsa yang terjejas banjir mula pulang ke kediaman masing-masing.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata PPS yang masih beroperasi adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal melibatkan sembilan keluarga.
Katanya, manakala dua lagi PPS yang dijangka ditutup pada jam 2 petang ini adalah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Sin Wah dan Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undang Negeri (JAPERUN) Durian Tunggal.
“Setakat jam 12 tengah hari, hanya 24 mangsa daripada sembilan keluarga yang masih ditempatkan di PPS SK Durian Tunggal.
“Jumlah itu semakin berkurangan berbanding semalam yang menempatkan 95 mangsa daripada 26 keluarga di tiga PPS terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘TERIMA KASIH BANTU KAMI’
KUALA LINGGI 10 Januari - "Bagaikan hilang kata-kata apabila melihat keadaan dalam dan perkarangan rumah kini lebih bersih dan kemas....
W.R.U.R: KEMBARA KAK SOM DEKATI MASYARAKAT
KUALA LINGGI 10 Januari - Kembara Kak Som yang menjelajah ke segenap pelosok Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bersempena...
BAJET 2025: RAKYAT SYUKUR KERAJAAN MELAKA PEDULI NASIB GOLONGAN MEMERLUKAN
KUALA LINGGI 10 Januari - Pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama...
LEMPAR TUKUL BESI KE ARAH BALAI POLIS LEPAS DENGAR ‘BISIKAN’
PANTAI KUNDOR 10 Januari - Polis Melaka menahan seorang lelaki yang juga penganggur selepas melakukan khianat dengan memecahkan cermin Balai...
W.R.U.R: KONSEP TURUN PADANG BAWA IMPAK POSITIF
KUALA LINGGI 10 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) membawa impak positif kepada masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN)...
KEBAJIKAN WARGA KUALA LINGGI TIDAK DILUPA
KUALA LINGGI 10 Januari - Seramai 137 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi menerima bantuan kebajikan sempena program Wakil...