Sorting by

×

Sasaran 30,000 pengunjung ke ‘Great British Circus’ – Exco

Masa Membaca:45 Saat

AYER KEROH 20 Oktober – Penganjuran sarkas ‘Great British Circus’ mampu membantu sasaran untuk mencapai jumlah lima juta pelancong melawat Negeri Melaka sehingga hujung tahun ini.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, persembahan akrobatik dari luar negara itu menerima sambutan hangat sejak dibuka kepada orang ramai 15 Oktober lalu.

Katanya, dijangka lebih 30,000 pelawat akan mengambil peluang menyaksikan pelbagai persembahan akrobatik mendebarkan sepanjang sebulan pertunjukan sarkas itu berlangsung.

“Melihat potensi yang besar, kita merancang akan mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama penganjur sarkas tersebut bagi memastikan penganjuran ini akan diteruskan pada tahun mendatang.

“Sarkas ini juga dilihat mampu menarik pelancong datang ke Melaka apatah lagi menjelang cuti sekolah pada sambutan Deepavali ini,” katanya pada sidang media Majlis Preview Melaka Circus On Ice di Dataran Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), di sini, semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2859
Kongsi :
Previous post SPR bermesyuarat hari ini, tentukan tarikh penting PRU15
Next post Lelaki maut dihempap kereta ketika curi tabung ekzos
Ubah saiz-+=