Sorting by

×

Sasaran 10,000 penerima PJM setiap tahun – Adly

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

AYER KEROH 7 Mei – Kementerian Pertahanan meningkatkan sasaran 10,000 penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) berbanding 2,500 setiap bermula tahun ini.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata setakat ini seramai 122,000 veteran Angkatan Tentera Malayaia (ATM) di seluruh negara menerima penganugerahan pingat berkenaan.

Bagaimanapun katanya, daripada jumlah itu, 40,000 telah menerima pingat terbabit manakala bakinya iaitu 82,000 lagi penerima bakal dianugerahkan secara berperingkat.

“Sasaran kita setiap tahun sebelum ini adalah seramai 2,500 penerima namun ia ditingkatkan kepada 10,000 orang (setiap tahun) supaya proses penerimaan anugerah itu dipercepatkan,” katanya.

5CF98442-7422-4406-97F2-42EC92F56960
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berucap pada Majlis Penganugerah Pingat Jasa Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan PJM kepada 416 veteran ATM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Adly berkata bagi mempercepatkan penganugerahan pingat berkenaan kepada baki penerima, kementeriannya menerusi Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) pada 29 September tahun lalu memutuskan supaya Menteri Pertahanan mewakilkan pegawai pengurnia kepada panglima-panglima perkhidmatan ATM.

“Keputusan itu selari dengan hasrat kerajaan agar pengurniaan ini dapat dilakukan secara berterusan dan lebih kerap supaya tiada veteran ATM tertinggal menerima anugerah PJM,” katanya.

Untuk rekod, penerima anugerah PJM terdiri daripada pesara tentera yang telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama tiga bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari enam bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM).

Turut menerima pingat berkenaan, mereka yang berkhidmat bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).

Selain itu, PJM turut dianugerahkan kepada veteran ATM yang terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang pengganas PKM dan PKKU.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1780
Kongsi :
Previous post Cabutan bertuah meriahkan Rumah Terbuka DUN Gadek
Next post Keputusan siasatan dalaman kes buli dalam masa terdekat
Ubah saiz-+=