Sasar RM200,000 nilai jualan produk pertanian

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

PENGKALAN BATU 25 Jun- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan jumlah jualan sebanyak RM200,000 sepanjang berlangsungnya Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Wilayah Selatan @ Aeon Bandaraya Melaka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, Program JTDL itu yang berlangsung selama tujuh hari dan akan berkahir pada 30 Jun ini menempatkan seramai 27 usahawan.

“Untuk tujuh hari kita menyasarkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM200,000 dan untuk semalam saya difahamkan jualan mencecah RM50,000.

“Program ini memberi peluang kepada usahawan yang terdiri daripada petani dan rakan pemasar memasarkan terus hasil pertanian kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas perasmian Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Wilayah Selatan @ Aeon Bandaraya Melaka, hari ini.

Hadir sama EXCO Pertanian Dan Asas Tani Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Wira Ghazale Muhamad.

Beliau berkata, sepanjang program ini pelbagai komoditi utama hasil keluaran petani yang berkualiti dan unik dijual.

“MAFI akan terus memperkasakan Dasar Agromakanan Negara 2.0 dengan tema Permodenan Agromakanan Menjamin Masa Depan Negara,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut beliau berkata, dalam mempergiatkan sekuriti makanan negara, Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2022 (MAHA 2022) akan diadakan pada 4 Ogos depan.

“Sepanjang ekspo itu yang bermula 4 hingga 14 Ogos, MAFI menyasarkan hasil jualan melebihi RM250 juta dengan kunjungan 100,000 orang setiap hari,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1053
Kongsi :
Previous post Harga ayam: Bukan pusingan U, tapi berasaskan pandangan rakyat – PM
Next post Perketat kawalan pintu sempadan, elak ganja masuk Malaysia
Ubah saiz-+=