
Sarung tangan mampu bunuh virus dilancarkan
BANDA HILIR 7 Mei – Pentavest Holdings Sdn Bhd memilih Melaka sebagai lokasi pertama melancarkan produk sarung tangan ‘Pentanano Antimicrobial Nitrile’ yang mampu membunuh kuman.
Pengasas Pentanano, BJ Teng berkata, penggunaan sarung tangan pembunuh virus yang pertama di Malaysia itu platform pihaknya memperluaskan produk dan jenama yang pertama kali dilancarkan.
“Ini juga sebagai bukti kami prihatin tentang kesihatan rakyat Malaysia untuk mencegah virus COVID-19 dari terus merebak.
“Dengan adanya sarung tangan ini, ia bukan sahaja dapat membantu komuniti tempatan malah sektor industri lain termasuklah petugas barisan hadapan, global dan lain-lain,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Produk Pentanano Sarung Tangan Nano Antibakteria Pertama Dunia di Hotel Casa Del Rio di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, BJ Teng berkata produk sarung tangan Pentanano berkenaan mampu membunuh bakteria di permukaan yang disentuh oleh seseorang.
“Sarung tangan ini boleh membunuh virus bila kita menyentuh mana-mana permukaan.
“Ini satu kejayaan yang amat kami banggakan kerana bukan sahaja dapat memperluaskan produk ini malah dapat membantu menghentikan penyebaran wabak COVID-19,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...