Sorting by

×

Saringan kanser percuma untuk orang Melaka

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 7 Jun – Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM), mengalu-alukan rakyat Negeri Melaka untuk mengambil bahagian dan memanfaatkan Program MBIO SIHAT/Program Ujian Darah Untuk saringan kanser percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif PBM, Tee Mei Ghee berkata, program itu berlangsung sepanjang tahun ini dan terbuka kepada lelaki serta wanita berusia 40 tahun keatas.

Mei Ghee berkata, bagi lelaki tawaran disediakan adalah saringan kanser prostat dan usus, sementara itu wanita pula saringan kanser ovari serta usus.

“Tawaran ini terbuka kepada 5,400 individu terawal sahaja, program ini juga dibuka kepada penerima Bantuan Kerajaan Negeri Melaka dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saringan ini dijalankan percuma kepada individu layak dengan kos ditanggung Kerajaan Negeri Melaka,” katanya

Menurutnya, penganjuran program ini adalah antara inisiatif dalam Ucapan Bajet 2023 Negeri Melaka dan PBM dilantik sebagai penyelaras.

“Mereka yang berminat atau mempunyai pertanyaan lanjut berkaitan lokasi pemeriksaan boleh menghubungi Pegawai Komunikasi Korporat (Amalina) ditalian 017-6808210 atau Ketua Projek (Muhammad Hazwan) 012-9333167,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3230
Kongsi :
Previous post Ketua polis daerah diseru tingkat mutu perkhidmatan, kurangkan birokrasi – KPN
Next post Dewan makan sementara SSN Seri Kota perlu disegerakan
Ubah saiz-+=