
Saringan COVID-19: Dakwaan 200 penduduk Kampung Pauh Lima lari, palsu
KOTA BHARU 21 Mei – Polis Kelantan menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa 200 penduduk Kampung Pauh Lima, Bachok, dekat sini, lari meninggalkan kampung itu kerana enggan menjalani ujian saringan COVID-19.
“Saya mengesahkan berita tersebut adalah palsu. Tindakan boleh diambil oleh pihak berkuasa jika terdapat perlakuan kesalahan di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKM) 1998,” kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita-berita palsu, selain perlu merujuk kepada pihak bertanggungjawab dan sentiasa berwaspada dengan penyebaran maklumat atau diragui kesahihannya.
Isnin lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di dua lokaliti di Kelantan iaitu Kampung Pauh Lima, Mukim Gunong dekat Bachok dan Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu di Kota Bharu, mulai Rabu (19 Mei) hingga 1 Jun depan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...