Sorting by

×

SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

LENDU 14 Mac – Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, aspek kebajikan juga menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan di Negeri Melaka dan akan diteruskan setiap kali menjelang musim perayaan seperti yang sudah dilaksanakan sebelum ini.

“Saya turut berkongsi kegembiraan kerana menerusi inisiatif seperti bantuan sumbangan Aidilfitri ini sedikit sebanyak membantu melegakan golongan kurang berkemampuan dalam kalangan anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan golongan berkeperluan di semua enam parlimen seluruh Melaka.

“Jumlah penerima bagi setiap parlimen adalah berbeza-beza mengikut lokaliti. Kali ini 359 individu yang layak dari Parlimen Masjid Tanah pula menerima sumbangan masing-masing daripada Kerajaan Negeri,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Perayaan Aidilfitri Parlimen Masjid Tanah Tahun 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Menteri Melaka Ke-12 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin serta Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Adun Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Yang turut hadir Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Adun Taboh Naning; Datuk Zuilkiflee Mohd Zin serta, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri merangkap Adun Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka, Halyjah Muhamad.

Pada Januari lalu sejumlah RM200,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka bagi sumbangan perayaan Tahun Baharu Cina 2025.

Manakala Oktober tahun lalu pula seramai 1,000 masyarakat India di negeri ini menerima sumbangan bagi menyambut Perayaan Deepavali Tahun 2024.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
Next post ‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN