Sandiwara terancang empat bekas ADUN – Ab Rauf
MASJID TANAH 6 Okt. – Tindakan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merupakan agenda terancang .
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, tindakan mereka berlaku di luar pengetahuan parti, malah tanpa berbincang dengan pimpinan parti negeri.
Katanya, sehingga kini beliau tidak dapat menilai punca sebenar yang mendorong dua wakil rakyat UMNO sendiri menarik sokongan sehingga pengumuman rasmi dibuat pada Isnin lalu.
“Saya melihat ini adalah sandiwara yang telah dirancang dengan rapi oleh pengarah sandiwara yang cukup berkeinginan menjadi pemimpin utama Melaka.
“Apa yang berlaku (adalah) ‘tactical move’ yang dirancang agak lama yang menyebabkan kita di peringkat perhubungan negeri tidak tahu tentang apa yang dilakukan keempat-empat mereka ini.
“Kalau tanya saya kenapa empat individu ini tarik diri daripada sokongan, saya sememangnya tidak dapat berikan alasan tepat sehingga sidang media dibuat, maka saya mendapat maklumat ia berlaku sekelip mata tetapi dirancang lebih lama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam wawancara khas secara live menerusi laman Facebook Sinar Harian di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...