
Samun: Tukang kayu cedera dilibas parang
IPOH 1 Ogos – Seorang tukang kayu menerima sembilan jahitan di tangan kanan akibat dilibas parang ketika disamun dua lelaki dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Loke Yew di Tanjung Malim, dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata mangsa berusia 62 tahun yang tinggal seorang diri pada mulanya terdengar salakan kuat anjing dan mendapati dua lelaki sedang memecahkan tingkap rumah mangsa dalam kejadian pada 5.30 pagi itu.
“Mangsa bertindak mengunci pintu bilik, dan apabila suspek menyedari mangsa berada di dalam bilik rumah itu, kedua-dua suspek memecahkan pintu bilik berkenaan dan berlaku pergelutan antara mereka.
“Salah seorang suspek telah melibaskan parang menyebabkan tangan kanan mangsa mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Hasni berkata mangsa cedera di tangan kanan dan mengalami kerugian kira-kira RM1,200 apabila suspek melarikan seutas jam tangan, sebuah telefon bimbit, wang tunai serta dokumen pengenalan diri.
Sementara itu, Mohd Hasni berkata pihaknya sedang giat memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...
RM20 JUTA ATASI HAKISAN PANTAI PUTERI, DIJANGKA SIAP 2027
PAYA RUMPUT 14 Mac - Masalah hakisan yang membelenggu Pantai Puteri bakal berakhir apabila projek tambakan pantai peranginan itu bermula...