Sorting by

×

SAMBUTAN PERAYAAN MEDAN PERKUKUH PERPADUAN RAKYAT MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

MACHAP JAYA 1 Februari – Sambutan perayaan masyarakat berbilang kaum di Melaka pada tahun ini diharap menjadi medan untuk memperkukuh perpaduan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, perpaduan rakyat merupakan tonggak kekuatan dan benteng untuk terus mencorakkan kesejahteraan bumi bertuah, Melaka.

“Saya menyeru kepada semua agar menjadikan sambutan perayaan pada tahun ini sebagai asas untuk mengukuhkan perpaduan mencakupi kepelbagaian bangsa yang ada di negeri ini.

“Ia selaras dengan slogan Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia. Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat.

“Selain itu, bersempena Tahun Baharu Cina ini, sama-samalah kita meminjam semangat tahun ular untuk terus bergerak maju ke hadapan dengan kebijaksanaan, keberanian dan transformasi pembaharuan yang akan membawa limpahan kemakmuran buat negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Pesta Tahun Baru Cina Machap Umboo Baru Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Kampung Permai Machap Umboo Baru, di sini, semalam.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Menurut Hee Sem, pada tahun lalu, Kampung Machap Umboo telah mencipta kejayaan yang amat membanggakan apabila menjadi juara dalam Projek Warna-Warni Tanglung sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2024.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

75
Kongsi :
Previous post MAHASISWA RUGI LEBIH RM100,000 TERPEDAYA SINDIKET ‘PHONE SCAM’
Next post PENGAJIAN PERCUMA DI KAQSA BUKIT KATIL