
Sambutan Hari Yoga di Melaka meriah
AYER KEROH 25 Jun – Hari Yoga Antarabangsa ke-10, dimeriahkan dengan perhimpunan lebih 100 pengamal aktiviti kesihatan itu pada program sambutan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan, Ayer Keroh, di sini, Ahad lalu.
Sambutan Hari Yoga Antarabangsa di Negeri Melaka adalah anjuran Pertubuhan Brahma Kumaris Bahagian Selatan.
Selain perjumpaan dan berkumpul, program hampir empat jam bermula 8 pagi dimanfaatkan dengan aktiviti senaman yoga meditasi dan yoga fizikal.
Malah sambutan kali ini dianggap lebih istimewa apabila peserta berpeluang berjumpa dan berkongsi pengalaman bersama jemputan khas pengamal yoga dari Sarawak, Cindy Lim, 60, berpengalaman lebih 21 tahun dalam amalan yoga meditasi.
Peminat yoga yang hadir turut diajar melakukan kuasa yoga menerusi beberapa sesi yoga fizikal dan yoga meditasi.
Pada program itu juga peminat yoga turut disajikan dengan demonstrasi senaman QiGong dan Hatha Yoga.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...
ORANG ASLI TEBONG STESYEN, KUBANG BADAK BAGAIKAN ‘KELUARGA’ KETIKA AIDILFITRI
MACHAP JAYA 2 April - Tradisi ziarah menziarahi di perkampungan Orang Asli Kubang Badak dan Kampung Orang Asli Tebong Stesyen...
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...