Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 meriah

Masa Membaca:43 Saat

PENGKALAN BATU 12 Mac – Hujan tidak membantutkan kemeriahan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di Plaza Melaka Sentral, Persisir Sungai Melaka, di sini, semalam.

Presiden Active Nation Malaysia, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, acara utama iaitu larian terpaksa digantikan dengan aktiviti zumba akibat hujan melanda lokasi penganjuran program.

“Meskipun hujan, program tetap meriah dengan kehadiran lebih 1,200 peserta termasuk dari Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Selain aktiviti menyihatkan kami turut anjurkan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pemeriksaan gigi dan cabutan bertuah,” katanya ketika ditemui pada program itu yang dirasmikan
Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin.

Mohd Ridhwan berkata penganjuran sambutan itu adalah sebagai tanda penghargaan buat kaum hawa yang banyak menabur bukti dan berbakti bukan sahaja untuk keluarga malah pembangunan negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2026
Kongsi :
Previous post MDDNM fokus aktiviti kemasyarakatan
Next post Polis siasat dakwaan pegawai imigresen dicederakan semasa jalani ujian kecergasan
Ubah saiz-+=