Sambutan Aidilfitri Masjid Al-Ehsan meriah

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

MASJID TANAH 31 Mei – Meskipun sudah penghujung Syawal ia tidak menghalang lebih 400 anak kariah Masjid Al-Ehsan, Kampung Londang berkumpul menyambut Aidilfitri bersama-sama pada majlis berlangsung, semalam.

Sejurus selepas menunaikan solat Isyak yang diimamkan oleh Imam I, Ustaz Mohd Nawawi Abdullah, jemaah mula menikmati pelbagai juadah disediakan.

Turut hadir memeriahkan sambutan adalah Pengerusi masjid, Datuk Abdul Mutallif Che Mat, Imam II Ahmad Zahid Khamis dan empat guru kelas takmir.

Abdul Mutallif berkata, pihak pengurusan masjid amat bersyukur kerana berpeluang menganjurkan majlis itu selepas dua tahun tidak disambut suslan COVID-19

“Alhamdulillah, malam ini (semalam) anak kariah dapat berhimpun untuk menikmati pelbagai juadah sambil beramah mesra.

“InsyaAllah kalau tiada aral melitang, tahun depan program seumpama ini akan diadakan,” katanya.

ANAK kariah Masjid al-Ehsan Kampung Londang, Masjid Tanah menyusun juadah sambutan Aidilfitri. Foto Din Ahmad

Sementara itu bilal masjid, Mohd Fazar Abdul Samad, 35, berkata beliau dan anak kariah lain amat bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan Allah yang membebaskan umat manusia daripada belenggu COVID-19.

“Selepas dua tahun tidak dapat merasai suasana seumpama ini, alhamdulillah kami dapat menikmati kembali kemeriahan Aidilfitri,” katanya.

Manakala tetamu Jamaludin Hamzah, 60, berkata baginya program itu bukan sekadar untuk menikmati hidangan disediakan sebaliknya mengeratkan silaturahim dengan anak kariah lain.

“Nikmat tidak lagi dibelenggu COVID-19 seharusnya disyukuri semua umat Islam dan bertaubat serta berdoa agar Allah tidak menurunkan wabak lain yang mengancam nyawa manusia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1515
Kongsi :
Previous post Tiada kompromi atlet terlibat salah laku disiplin -EXCO
Next post Agong titah pembangunan, transformasi TUDM perlu seiring bentuk angkatan udara berwibawa
Ubah saiz-+=