Sorting by

×

Sambutan Aidilfitri MADANI, gambaran kemakmuran Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 22 April – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 berkonsepkan rimba membawa erti ketenangan, hijau dan bersih seterusnya menggambarkan kemakmuran negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, lebih 100 jenis juadah disediakan untuk dinikmati oleh semua tetamu yang datang hadir.

“Saya mensasarkan majlis ini dihadiri 15,000 ke 20,000 tetamu untuk bersama-sama kita meriahkan sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Negeri Melaka.

“Program seumpama ini mampu memupuk jalinan ukhwah antara pemimpin peringkat Persekutuan, negeri dan seluruh rakyat Melaka. Pada masa yang sama kita mensyukuri nilai kebersamaan dan perpaduan yang kita kecapi sehingga hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran, Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman; Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob; Ketua Menteri Melaka Ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; barisan Menteri dan Timbalan Menteri; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

221
Kongsi :
Previous post Lebih 20,000 tetamu meriahkan Majlis Aidilfitri MADANI 2024
Next post Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Melaka luar biasa – PM
Ubah saiz-+=