Sorting by

×

Sambol Lado, Daging Dendeng Pak Lan punca pendapatan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

MASJID TANAH 11 Oktober – “Walaupun kini Pak Lan tidak lagi dapat membantu menyiapkan sambal dan dendeng namun dia ada kerap tanya mengenai penerimaan serta jualan. Dia risaukan perbelanjaan kami.

“Dia masih ingat akan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan sering kali bertanyakan perbelanjaan dapur meskipun sudah diberitahu, tidak perlu difikirkan lagi,” itu kata Zainun Majid, isteri kepada pelakon veteran Roslan Saleh, 65.

Menurut, Zainun dengan dibantu anak bongsunya, dia terpaksa meneruskan jualan Sambal Lado dan Daging Dendeng Pak Lan, kerana itu adalah sumber pendapatan utama keluarga selain membiayai kos rawatan Roslan.

Katanya, meskipun permintaan tidak terlalu banyak namun dengan tempahan sedia ada termasuk menghantar ke stesen minyak sedikit sebanyak mereka dapat menjana pendapatan.

“Memang terpaksa teruskan jualan kerana ini punca pendapatan utama, memang tidak dinafikan sejak harga barangan naik, permintaan sedikit kurang namun saya tetap bersyukur kerana ianya masih terjual.

“Dulu ketika Pak Lan sihat, dia akan buka bonet tetapi kini kami hanya menjualnya di platform Shopee dan menghantar ke stesen minyak berdekatan termasuk di Negeri Sembilan,” katanya.

Zainun berkata, Dendeng Daging Pak Lan adalah idea daripada suaminya sendiri enam tahun lalu dan tidak sangka mendapat tempat dalam kalangan masyarakat walaupun tidak terkenal secara meluas.

“Untuk tempoh ini, sekali buat hanya 10 kilogram sahaja tetapi jika ada tempahan lebih ia akan ditambah mengikut keperluan untuk menjamin kesegaran,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1862
Kongsi :
Previous post Polis cari individu gantung enam kain rentang tidak puas hati mengenai PRU15
Next post Pendekatan informatif, interaktif bakal tarik pengunjung ke Jelajah AKM Melaka
Ubah saiz-+=