‘Sambal Ketat’ Mak Iza pembuka selera

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

KUALA LINGGI 10 Januari – Hanya sepinggan hidangan sambal ikan dimasak garing berwarna merah kehitaman, ramai pelanggan sanggup datang awal kerana risau terlepas peluang menikmati hidangan istimewa makan tengah hari itu di Warung Mak Iza Corner, Kampung Tanjung Dahan, di sini.

Bukan sekadar pelbagai pilihan lauk kampung, malah lokasi gerai menghadap pantai yang bersih menyebabkan gerai itu menjadi tumpuan orang ramai termasuk penghuni kota mencari ketengan.

Pemilik warung, Norliza Nordin, 48, berkata, sambal ketat antara makanan utama yang menjadi ikon warung berkenaan yang dibuka empat tahun lalu.

“Sambal ikan ini ramai yang mencarinya dan saya tidak tahu kenapa mereka menggelarnya ‘sambal ketat’. Ramai yang kata sedap hinggakan ada pelanggan yang sampai ‘merajuk’ sebab tidak dapat menjamah sambal ini kerana sudah habis.

“Namun saya berpendirian demi menjaga hati mereka kadangkala terpaksa masak lauk baharu. Ada juga pelanggan dari Kuala Lumpur minta saya masak lauk ini untuk di bawa pulang sebagai bekal,” katanya.

8DECA040-6D4B-4DE3-AA2D-A474735A9313
WARUNG yang dibuka di pinggir pantai terletak di Tanjung Dahan mempunyai tarikan tersendiri menawarkan pelbagai jenis juadah termasuk lauk-pauk dan goreng-gorengan.

Dia yang mesra dengan panggilan Mak Iza berkata, warung berkenaan dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang itu turut menyajikan masakan asam pedas yang turut menjadi pilihan utama pelanggan yang singgah.

“Selain itu kita juga menyediakan pelbagai jenis masakan goreng dan mi goreng mamak adalah antara pilihan pelanggan waktu petang.

Berkongsi kisahnya hasil rezeki daripada peniagaan menjual makanan dia berjaya memberikan pendidikan kepada tujuh anak malah ada yang berjaya ke menara gading.

Norliza berpendirian biarpun pernah dicubit dugaan dia tetap menerusikan kehidupannya demi membesarkan anak-anak.

“Pegangan saya adalah usaha tekad dan sabar dalam apa juga pekerjaan terutamanya kalau mahu berniaga.

“Saya tetap teruskan sehingga hari ini. Alhamdulillah lokasi yang saya berniaga ini adalah kedai kedua saya menjalankan perniagaan.

“Syukur lokasi ini semakin maju dan semakin ramai yang singgah meskipun lokasinya agak tersorok. Kalau sebelum ini penuh semak samun. Pada masa yang sama kedai ini menyokong aktiviti pelancongan lain seperti chalet berhampiran, kami sebenarnya saling memerlukan,” katanya.

578E54D8-32F6-4C59-AD4D-B0C1A0E7954E
ANTARA juadah yang disajikan menjanjikan kepuasan pelanggan yang datang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4302
Kongsi :
Previous post Zoo Melaka tukar harimau dengan Zoo Batu Secret, Indonesia
Next post Cucur Udang Baha ikon makanan Alor Gajah
Ubah saiz-+=