Sorting by

×

SAMB REKOD PENINGKATAN PENDAPATAN RM309 JUTA BAGI TAHUN 2024

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDA HILIR 26 Disember – Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) berjaya merekodkan peningkatan pendapatan sebanyak RM309 juta bagi tahun 2024 berbanding RM266 juta tahun sebelumnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata pendapatan tambahan itu antaranya berikutan pelarasan tarif domestik yang dilaksanakan mulai Februari 2024.

“Saya difahamkan, kenaikan tarif tersebut telah menyumbang tambahan pendapatan syarikat sebanyak RM3 juta sebulan atau RM36 juta setahun,” kata Ketua Menteri.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah SAMB berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam SAMB di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Wira Ab Wahab Ab Latif.

Turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Hanim Ghauth dan Ahli Lembaga Pengarah SAMB, Datuk Wira Zainal Abu serta kenamaam lain.

Mengulas lanjut, Ab Rauf turut mengharapkan warga kerja SAMB komited dan lebih gigih menuju ke tahun 2025 yang lebih mencabar.

“Selaku ketua kerajaan dan pengerusi SAMB, saya sangat menitikberatkan hal-hal yang
bersangkutan dengan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat, anggap ini sebagai satu
amanah.

“Secara tidak langsung menyokong Kerajaan Negeri dalam menyantuni denyut nadi rakyat demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

169
Kongsi :
Previous post MOHD SALEH BAKAL TERAJUI SAMB BERMULA 1 JANUARI 2025
Next post DUA BERANAK MAUT, EMPAT CEDERA DALAM KEMALANGAN DI WCE
Ubah saiz-+=