Saliran tersumbat punca banjir kilat di Lebuh SPA Gangsa

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

DURIAN TUNGGAL 19 Julai – Saliran air tersumbat menjadi punca kepada berlakunya banjir kilat di Lebuh Sungai Udang- Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dekat Gangsa, di sini, baru-baru ini.

Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Zahari Abd Kalil berkata, banjir kilat itu pertama kali berlaku di kawasan berkenaan dipercayai berpunca daripada pembinaan sebuah pembetung kecil.

Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, meminta jabatan atau agensi terlibat dengan pembinaan pembetung itu segera menyelesaikan isu berkenaan.

“Di kawasan ini ada projek sedang dijalankan, jadi ada pembinaan pembetung kecil dibuat di kawasan ini yang menjadi punca kepada saluran air tersekat.

“Susulan itu, saya sudah melawat ke kawasan tersebut dan mengarahkan agensi atau jabatan terlibat untuk mengeluarkan semula pembetung itu bagi melancarkan aliran air.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) juga diminta untuk memperbesarkan longkang di kawasan itu supaya aliran air lebih lancar, terutama apabila berlaku hujan lebat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu Zahari telah mengadakan lawatan di Lebuh SPA berkenaan bagi meninjau keadaan longkang dan saliran air di kawasan itu.

Turut hadir dalam lawatan itu, Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Ir. Zainal Yusoff dan wakil-wakil jabatan serta agensi terlibat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

518
Kongsi :
Previous post Jangan ‘liat’ jelaskan cukai taksiran – MBMB
Next post Rakyat Melaka rafak sembah tahniah pertabalan Agong
Ubah saiz-+=