SAKSIKAN ‘SUPERHERO’ BERLARI 22 DISEMBER INI
DUYONG 8 November – Larian Budaya ‘Antarabangsa’ DuyongKita edisi tahun ini dijadualkan pada 22 Disember menyasarkan lebih 5,000 penyertaan daripada pelbagai bangsa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata bertemakan ‘superhero’ larian kali ini sudah pasti memberikan lebih keseronokan dan kemeriahan.
“Konsep penganjuran sama seperti tahun lepas, jarak larian sejauh enam kilometer bermula dan tamat di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit.
“Orang ramai dipelawa untuk mengambil bahagian, kerana hadiah cabutan bertuah ditawarkan sangat banyak dan menarik, setakat ini kami sudah menerima tajaan tiga buah motosikal.
“Kami turut menyediakan lima hentian makan dan minum untuk peserta selain persembahan kebudayaan pada akhir larian,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Jelasnya, orang ramai boleh membuat pendaftaran bermula minggu hadapan, manakala tarikh tutup pula akan diumumkan kelak.
“Majlis penutup larian dijangka disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, jadi saya mempelawa orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan larian ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MANIFESTASI TEKS SULALATUS SALATIN HIMPUN 39 KARYA ARTIS TEMPATAN
BANDA HILIR 23 Januari - Sebanyak 39 karya seni dan sastera berdasarkan Teks Sulalatus Salatin yang diterjemah ke visual dihimpunkan...
PRODUK TIADA LABEL PENGIMPORT PASAR RAYA DIKOMPAUN RM3,000
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Sebuah pasar raya di daerah Melaka Tengah dikompaun RM3,000 selepas didapati menjual makanan yang tidak...
JKNM UJI TIGA SAMPEL ANGGUR SHINE MUSCAT
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) menguji tiga sampel anggur shine muscat bagi memastikan produk import...
DUA ANGGOTA BOMBA TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA PADAM KEBAKARAN
KOTA KINABALU 23 Januari - Dua anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik ketika operasi memadam kebakaran di tingkat empat sebuah...
MPHTJ PERJELAS ISU PENUTUPAN, PENAMATAN KONTRAK KOLAM AIR PANAS DI BEMBAN
AYER KEROH 23 Januari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya tampil memberi penjelasan berhubung penutupan operasi dan penamatan kontrak operator...
SUMBANGAN UKIR SENYUMAN MASYARAKAT TIONGHOA ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 23 Januari - Seramai 175 masyarakat Tionghoa dalam Parlimen Alor Gajah menerima sumbangan Tahun Baru Cina 2025 daripada...