
Saham wakaf bina Masjid Pulau Besar terima sumbangan RM66,000
SERI NEGERI 7 Jan – Sejumlah RM66,000 telah disumbangkan oleh persatuan kontraktor bagi saham wakaf pembinaan Masjid Pulau Besar.
Sumbangan saham wakaf itu telah diserahkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dalam satu majlis di Pejabat Yang di-Pertua Negeri, di sini, kelmarin.
Ia turut disaksikan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Antara yang tampil memberikan sumbangan wakaf ialah Syarikat Empire Indera sebanyak RM20,000, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) sebanyak RM10,000 dan PKMM Melaka (RM10,000).
Turut memberi sumbangan ialah PKMM Perak RM10,000, PKMM Kedah (RM3,000), PKMM Pahang (RM3,000) dan Presiden PKMM Datuk Seri Fadhil Hassan yang memberikan sumbangan peribadi sebanyak RM10,000.
Untuk rekod, saham wakaf pembinaan Masjid Pulau Besar telah dilancarkan pada 19 Okt tahun lalu.
Ia diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Auditorium Masjid Al-Azim.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...