
Safe Aim Mutual Sdn Bhd cari pelumba muda
KUALA LUMPUR, 3 Feb. – Penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas, Safe Aim Mutual Sdn Bhd akan mengadakan program pencarian bakat pelumba muda bagi menyertai tiga kategori satu pengeluar perlumbaan (One Make Race) dua roda tersebut pada musim ini.
Syarikat berkenaan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan program tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 13 hingga 18 tahun yang ingin menceburi dunia perlumbaan permotoran buat pertama kali.
Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg berkata mereka yang berminat hanya perlu mendaftar nama masing-masing di laman sesawang program berkenaan, https://www.malaysiancubprix.com/rider-search-2021/ yang dibuka bermula hari ini sehingga 15 Februari.
“Pelumba yang disenarai pendek akan diminta hadir pada sesi pemilihan seterusnya yang akan dianjurkan oleh pihak Honda dan Yamaha,” katanya.
Tiga kategori utama Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas adalah CP150, CP125 dan Wira KBS.
Views:
Related


Berita Lain
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...
PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BESUT DIPERCAYAI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH
KUALA TERENGGANU 16 Mac - Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut awal pagi tadi...
BENTUK MAHASISWA HARUMKAN NAMA MASJID TANAH
LENDU 16 Mac - Lebih 200 penuntut universiti diraikan pada program Meet & Iftar Mahasiswa Masjid Tanah berlangsung di sebuah...
AHLI KRT BERGOTONG-ROYONG SIAPKAN BUBUR LAMBUK
DUYONG 16 Mac - Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari 10 KRT bergotong-royong menyiapkan 15 kawah bubur lambuk bersempena Program...