
Sabbaruddin Chik meninggal dunia
KUALA LUMPUR 4 Dis – Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam tadi.
Berita kematian itu dimaklumkan oleh Pegawai khasnya, Datuk Zamri Mohamad.
Zamri berkata berkata, Sabbaruddin, 80, dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19.
“Betul, Tan Sri baru saja meninggal dunia kira-kira jam 8 lebih tadi. Belum pasti akan dikebumikan di mana.
“Kami pun sudah memaklumkan berita itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini berada di Sarawak,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Zamri berkata, segala urusan jenazah termasuk pengebumiannya dijangka akan dibuat sepenuhnya oleh pihak hospital.
Allahyarham Sabbaruddin Chik, bukan nama asing dalam arena politik kerana pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung UMNO.
Selain Menteri Pelancongan, Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan (1982 hingga 1987), selain Pengerusi Amanah Raya Berhad dan Pengerusi Bank Rakyat.
Allahyarham yang berasal dari Temerloh Pahang juga merupakan antara individu yang dianggap mentor dan sifu oleh Ismail Sabri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...