S-PLAN DITUBUHKAN SEMULA, LANCAR PENGURUSAN PELAJAR KE TIMUR TENGAH

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

PENGKALAN BATU 17 September – Sekretariat Pengurusan Luar Negara Negeri Melaka (S-Plan) ditubuhkan semula tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf berkata, penubuhan semula itu adalah sebahagian inisiatif Kerajaan Negeri dalam memastikan misi pengurusan penghantaran pelajar ke Timur Tengah dapat dilaksanakan dengan lancar.

Jelasnya, pada tahun ini seramai 18 orang pelajar anak jati Melaka disenarai akan menyambung pengajian ke Timur Tengah seperti Jordan dan Mesir.

“Saban tahun, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) telah memperuntukkan sebanyak RM250,000 bagi menyara seramai 50 orang pelajar menerusi Skim Dermasiswa Pengajian Islam (DPI) ke luar negara.

“Insya-Allah, Kerajaan Negeri melalui pihak sekretariat berusaha untuk memperluaskan lagi tajaan ini dengan membabitkan pelajar luar negara kini berada di Maghribi dan Indonesia,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 di Dataran Pusat Islam, di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Barisan Exco Kerajaan Negeri; Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Badaruddin Mohd Kassim serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

127
Kongsi :
Previous post ‘BANANA BOAT’ AMBIL REMEH KESELAMATAN DITAHAN MARITIM
Next post 36 AJARAN SESAT DIFATWAKAN DI MELAKA SEJAK 1986
Ubah saiz-+=