Sorting by

×

RXZ MEMBERS: PAKSU TOMOI PESAN ‘JAGA SOLAT’

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

TELOK MAS 6 Disember – “Berhati-hati sepanjang di jalan raya, hormat-menghormati antara satu sama lain, solat diutamakan dahulu kerana itu kepentingan kita,” demikian pesan Paksu Tomoi kepada peserta himpunan RXZ Members Ride Edition 2.0 2024 Melaka Attack! di Dataran MITC, Ayer Keroh.

Paksu Tomoi atau nama sebenarnya Ismail Abdullah, 69, antara peserta himpunan RXZ Members Ride Edition 2.0 2024 Melaka Attack! di Dataran MITC yang selamat sampai di Melaka pagi tadi bersama kira-kira 60 penunggang motosikal RXZ dari negeri di utara.

Katanya, dia dan rakan konvoinya memulakan perjalanan ke Melaka yang rata-rata dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pada petang Khamis.

“Perjalanan kami bermula pada petang Khamis, kemudian kami bermalam di Kuala Lumpur dan awal pagi Jumaat (tadi) kami bergerak ke Melaka.

“Alhamdulillah saya dan rakan-rakan RXZ selamat tiba di Melaka, kemudian kami terus ke Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Telok Mas (MTQQTM) untuk menyantuni pelajar di sana,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui dalam Majlis Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RXZ Members bersama MTQQTM, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas; Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Pengetua MTQQTM, Ustaz Abdullah Hashim Al-Hafiz serta penganjur himpunan RXZ Members Ride Edition 2.0 2024 Melaka Attack!, Lukhman Hassan.

Jelasnya, dia sudah menyertai hampir semua edisi himpunan RXZ Members dan berharap edisi di Melaka akan terus mengukuhkan perpaduan antara komuniti RXZ di negara ini.

“Hampir semua edisi RXZ Member telah saya sertai dan kini di Melaka, jadi saya harapkan semua peserta yang rata-rata adalah anak muda supaya jaga diri dan utamakan keselamatan sepanjang berada di jalan raya.

“Pesanan buat anak muda yang sertai RXZ Members di Melaka, saya anggap mereka seperti anak-anak saya, jadi disamping meluncur, sambil itu kita satukan jemaah,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2748
Kongsi :
Previous post TUNGGANG MOTOSIKAL HAMPIR 11 JAM KE MELAKA
Next post KEPETAHAN MURID DARJAH 6 TAMBAT HATI JURI
Ubah saiz-+=