Sorting by

×

RXZ MEMBERS MELAKA: DATARAN MITC DIJANGKA ‘FULL HOUSE’

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 13 November – Penganjuran Ride Edition RXZ Members Melaka Chapter 2024 di Dataran MITC, pada 6 dan 7 Disember depan dijangka dapat menandingi kemeriahan program sama yang berlangsung di Terengganu, September lalu.

Itu jangkaan peminat dua roda di negeri ini apabila ditemui Melaka Hari Ini, semalam.

Muhamad Ibrahim Abu Hasan, 47 berkata, program itu dijangka ‘full house’ dengan peminat motosikal legenda itu di Melaka.

Dia yang turut dikenali sebagai Amat Ayam Melaka berkata, acara itu juga amat ditunggu-tunggu pemilik RXZ di Melaka, terutama mereka yang tidak berkesempatan menyertai program di Terengganu sebelum ini.

“Kita harap acara di Melaka ini lebih meriah dan dapat menandingi kemeriahan di Terengganu, ditambah lagi kita sedang menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Saya harap rakan-rakan RXZ di negeri lain untuk memberi sokongan pada program kali ini, di mana selain medan mengeratkan silaturahim, mereka juga dapat menikmati pelbagai produk pelancongan yang ada di negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu, Muhammad Ridzuan Basrah, 36 merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Kerajaan Negeri kerana merealisasikan himpunan terbesar RXZ di bumi Hang Tuah.

Tidak hanya itu, dia turut menyifatkan hadiah cabutan bertuah berupa sebuah Proton X50 dan dua motosikal yang ditawarkan bakal menghangat lagi himpunan itu.

“Bukan sahaja peminat permotoran tetapi ahli keluarga dan segenap lapisan masyarakat juga boleh hadir untuk memeriahkan program ini.

“Kami dari Jet Speed Racing memang sangat teruja dan berharap semua peminat RXZ dapat hadir dan menyokong program anjuran Kerajaan Negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8322
Kongsi :
Previous post BEKAS MENTERI KEWANGAN TUN DAIM MENINGGAL DUNIA
Next post TANAM MELON, IKHTIAR UNTUK UBAH NASIB
Ubah saiz-+=