Sorting by

×

RXZ MEMBERS BUKAN SEKADAR ‘ENJOY’

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

TELOK MAS 6 Disember – Penganjuran RXZ Members Ride Edition 2.0 2024 Melaka Attack! di Dataran MITC, bukan sekadar menghimpunkan peminat tegar motosikal lagenda, Yamaha RXZ, tetapi turut diselitkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan membuka peluang penjaja kecil menjana pendapatan.

Penganjur RXZ Members Ride Edition 2.0 2024 Melaka Attack!, Lukhman Hassan berkata, untuk program CSR, pihaknya memilih untuk menyantuni penghuni Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Telok Mas (MTQQTM).

Lukhman berkata, bagi sudut ekonomi pihaknya memberikan keutamaan kepada golongan B40 terutama anak jati Negeri Melaka untuk membuka gerai sepanjang himpunan itu berlangsung.

Menurutnya, turut mendapat limpahan hasil daripada penganjuran RXZ Members Ride Edition 2.0 2024 Melaka Attack! adalah pengusaha inap desa dan sektor perhotelan di Negeri Melaka.

“Sebenarnya penganjuran RXZ Members Ride Edition 2.0 2024 Melaka Attack! diselitkan program CSR di MTQQTM, manakala sudut ekonomi, kami fokus bantu tingkatkan ekonomi setempat seperti inap desa dan peniaga kecil.

“Pada kesempatan ini juga, saya menjemput seluruh rakyat Melaka bersama-sama hadir pada jamuan makan malam di Dataran MITC malam esok, bermula jam 8.30 malam,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui pada Majlis CSR RXZ Member bersama MTQQTM, hari ini.

Hadir sama Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas; Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Pengetua MTQQTM, Ustaz Abdullah Hashim Al-Hafiz.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1396
Kongsi :
Previous post KEPETAHAN MURID DARJAH 6 TAMBAT HATI JURI
Next post 300 SKUAD IHSAN MADANI DIKERAH KE NEGERI TERJEJAS BANJIR
Ubah saiz-+=