Sorting by

×

RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

SERI NEGERI 18 April – Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Menurut beliau, slogan itu adalah bertujuan mengembalikan semula kehebatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka melalui sifat kepahlawanan lima bersaudara termasuk Tuah dan Jebat yang berani serta bijaksana.

Justeru katanya, atas prinsip tersebut, pelbagai usaha dilakukan termasuk mengumpul dan membawa balik tinggalan sejarah di luar negara untuk rujukan generasi akan datang.

“Saya segmentasikan Tuah dan Jebat ini kerana mahu dunia tahu, Melaka bukan sekadar tempat bersejarah tetapi tanah yang hidup dengan warisan dan bernyawa dengan budaya.

“Buktinya, saya pernah pergi ke universiti di Amsterdam melihat bagaimana Undang-Undang Laut Melaka menjadi rujukan dalam aspek Maritim.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga membelanjakan peruntukan yang besar dalam mengembalikan semula kesan-kesan sejarah Hang Tuah di beberapa negara bagi membuktikan kewujudan tokoh dan pahlawan terbilang Melaka ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada wawancara khas bersama Melaka Hari Ini sempena ulang tahun kedua pentadbiran Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Pejabat Ketua Menteri, di sini.

Atas kehebatan dua figura itu, ujar beliau, rakyat perlu menghayati maksud tersirat daripada ‘Bijak Laksana Tuah’ dalam mentadbir, merancang dan menyusun langkah manakala ‘Berani Laksana Jebat’ dalam membuat keputusan, menegakkan kebenaran dan menyuarakan hak.

“Kita mahu angkat semula seni, budaya dan warisan sebagai kekuatan negeri, bukan sekadar untuk dilihat tetapi untuk dijadikan sumber ekonomi, pendidikan dan jati diri.

“Lebih penting, kita mahu anak muda hari ini tidak hanya kenal Tuah dan Jebat sebagai cerita lama, tapi menjadikan semangat mereka sebagai pedoman membina masa depan,” katanya.

**Ikuti wawancara penuh bersama Ketua Menteri yang disiarkan dalam tiga bahagian di semua platform Melaka Hari Ini dan Melaka TV.

Pautan: https://www.facebook.com/share/v/18t21ZpK2T/

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

522
Kongsi :
Previous post MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
Next post MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN