Sorting by

×

Rumah Untuk Orang Kampung, bantu golongan kurang mampu, asnaf

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

MERLIMAU 9 Ogos – Kira-kira 20 buah Rumah Untuk Orang Kampung akan dibina bagi membantu golongan kurang berkemampuan dan asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, inisiatif itu diambil pihaknya dengan kerjasama JAPERUN kawasan itu dengan anggaran antara RM30,000 hingga RM35,000 setiap unit.

Beliau berkata, pembinaan rumah yang diilhamkannya itu bagi menampung jumlah kuota yang agak terhad diperuntukan pihak agensi yang berkaitan.

“Kita faham kuota rumah dalam setahun tidak banyak jadi sedikit sebanyak kalau JAPERUN dapat bina rumah sendiri dan berikan kepada orang memerlukan jadi ia lebih baik.

“Saya sasarkan setahun antara tiga atau empat buah rumah kalau untuk lima tahun jadi 20 rumah kita sudah bina. Kita akan cuba usaha untuk cari duit bagi Rumah Untuk Orang Kampung ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Akademi Bola Sepak Real Merlimau, di Dataran Orang Kampung, lewat petang Selasa.

Dr Muhamad Akmal yang juga Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri berkata, rumah adalah penting jadi dengan insiatif ini ia dapat membantu menyelesaikan pemasalahan kepada golongan yang amat memerlukan.

“Rumah ini kritikal kalau tiada, ada yang terpaksa atau dihalau kerana tidak mampu membayar sewa. Selagi mana mereka ada tanah atau mendapat kebenaran dari tuan tanah untuk dirikan rumah di situ, kita akan bantu,” katanya.

Terdahulu, Akmal membuat hantaran di laman Facebook miliknya mencari golongan asnaf di DUN Merlimau yang memerlukan rumah.

Ujarnya, hantaran itu dibuat bagi membantu mereka yang memerlukan rumah tetapi tidak tahu untuk membuat permohonan jadi dengan hebahan dapat menguar-uarkan.

“Kadang-kadang mereka tidak tahu macam mana hendak mohon rumah jadi dengan post itu mereka ini boleh terus berhubung dengan saya atau berjumpa MPKK ataupun JAPERUN kita akan bantu.

“Segala permohonan kita akan tapis dan minta pegawai DUN untuk jalankan siasatan jika betul serta semua maklumat benar maka kita akan usahakan untuk dapatkan rumah. Besar harapan saya, kita mahu lakukan secara telus,” katanya.

Views:

1323
Kongsi :
Previous post KPDNHEP rampas 460 kg minyak masak botol, satu tan gula
Next post 58 kediaman rosak dalam kejadian ribut di Tanjung Bidara
Ubah saiz-+=