Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Melaka pada 22 Februari
AYER KEROH 26 Januari – Orang ramai dijemput hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2024 Kerajaan Negeri Melaka pada 22 Februari depan.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata, sambutan penuh meriah itu akan diadakan di Jonker Walk bermula jam 7.30 malam.
Menurutnya, sambutan itu akan turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
“Seperti apa yang dibincangkan, Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina tahun ini dijangka akan menarik lebih ramai pelancong bukan sahaja dari dalam, bahkan luar negara bersempena Tahun Melawat Melaka Tahun 2024 (TMM2024).
“Semoga segala agenda yang dibincangkan bakal memberi impak yang besar kepada Negeri Melaka, sekali gus menjadikan Negeri Melaka sebagai negeri tarikan pelancong terbesar sepanjang tahun,” katanya.
Terdahulu, beliau bersama Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2024, hari ini.
Mesyuarat itu turut disertai Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Negeri Melaka dan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
UTEM BANTU URUS JENAZAH NURUL SYAFIQAH, NURHANIS AFRYNA
AYER KEROH 26 Disember - Pihak pengurusan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membantu menguruskan proses menghantar pulang jenazah dua pelajarnya...
MERIAHKAN MELAKA BERSELAWAT AHAD INI
AYER KEROH 26 Disember 2024 - Orang ramai khusus umat Islam Negeri Melaka dipelawa untuk beramai-ramai memeriahkan program Melaka Berselawat...
MAIM PRIHATIN PERKEMBANGAN ANAK-ANAK KAYFAZ
AYER KEROH 26 Disember - Meskipun sedang bercuti, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tetapi mengikuti perkembangan anak-anak Kompleks Anak Yatim...
PENGHANTAR BARANG, JURUANALISIS DIDAKWA JADI ‘KELDAI AKAUN’ DENGAN SERAH KAD ATM
BALIK PULAU 26 Disember - Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua...
PROGRAM TARIF ELEKTRIK HIJAU DITERUSKAN BAGI 2025 DENGAN KADAR PREMIUM SAMA
PUTRAJAYA 26 Disember - Program Tarif Elektrik Hijau (GET) akan diteruskan pada 2025 dengan penawaran kuota sekurang-kurangnya 6,600 GigaWatt jam...
DUA PELAJAR UTEM MAUT, DUA CEDERA PULANG KE KAMPUS
JASIN 26 Disember - Dua pelajar perempuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki...