Sorting by

×

Rumah terbuka perpaduan Exco negeri pertama meriah

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

PAYA RUMPUT 23 April – Ribuan pengunjung hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, hari ini.

Orang ramai mula hadir seawal jam 8 pagi di pintu masuk Kompleks Sukan Komuniti Krubong meskipun majlis dijadualkan bemula jan 10 pagi hingga 4 petang ini.

Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang hadir kira-kira pada jam 12 Tengahari bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Tun Mohd Ali kelihatan segak dengan berbaju Melayu berwarna merah manakala Toh Puan Asmah anggun berbaju kurung warna sedondon.

Turut hadir menyerikan majlis Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama isteri Datin Seri Zuriyah Abd Aziz dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum.

7963EAFB-6C75-419C-86B9-26B925CD2221
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam (dua dari kanan) beramah mesra bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kiri) ketika hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin di Kompleks Sukan Komuniti Krubong, Melaka. Hadir sama, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ginie Lim Siew Lim (dua dari kiri) Foto: MR. AZLI

Hadir sama Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP. Shanmugam.

Turut hadir,  Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Tuminah Kadi@Mohd Hasim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Dr. Mohd Aleef Yusof dan bekas Adun Machap Jaya, Ginie Lim Siew Lim juga hadir pada majlis berkenaan.

Perkarangan Kompleks Sukan Komuniti Krubong dipenuhi lapisan masyarakat dan kaum yang tidak mahu melepaskan peluang berjumpa dengan pemimpin negeri.

Pengunjung dijamu dengan pelbagai juadah terutama masakan tempatan seperti sate, rendang, lemang, ketupat dan nasi himpit.

Kanak-kanak yang hadir pada majlis itu turut diberikan duit raya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1162
Kongsi :
Previous post Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama pagi ini
Next post Penjual lemang pukul pelanggan ditahan bantu siasatan
Ubah saiz-+=