Rumah Terbuka MHI meriah!
AYER KEROH 26 Mei – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Hari Ini (MHI) berlangsung meriah dengan kira-kira 300 jemputan menghadiri majlis berkenaan yang diadakan di Rumah Media Melaka, di sini, hari ini.
Pelbagai menu menarik disediakan seperti nasi beriyani, oden, lemang, rendang, sate, kambing golek, mee kari, cucur udang, kuetiau, air Boba dan banyak lagi.
Tetamu yang hadir juga diserikan dengan persembahan nyanyian menerusi pertandingan karaoke yang disertai kakitangan MHI melibatkan bahagian Editorial, Unit Pemasaran, IT, Media Sosial dan Melaka TV.
Turut diadakan pertandingan ‘food station’ paling menarik yang disertai setiap unit Melaka Hari Ini.
Tempat pertama dimenangi oleh unit Editorial, diikuti tempat kedua dan ketiga menjadi milik unit Media Sosial dan Melaka TV.
Majlis rumah terbuka tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning merangkap Ahli Lembaga Pengarah MHI Zulkiflee Mohd Zin; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Shukri Che Mat, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Nasharuddin Muhammad dan lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.