Sorting by

×

Rumah terbuka eratkan hubungan kaum

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

MACHAP JAYA 7 Mei – Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, bukan sekadar untuk mengajak tetamu menjamu selera, sebaliknya menjadi medan merapatkan lagi hubungan pelbagai bangsa, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem.

Hee Sem  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya meluahkan rasa gembira apabila melihat tetamu pelbagai bangsa duduk semeja menikmati sajian disediakan pada penganjuran rumah terbuka itu.

“Malam ini saya gembira apabila melihat semua lapisan masyarakat tidak kira Melayu, Cina atau India duduk semeja menikmati hidangan disediakan.

“Bagusnya rumah terbuka ini kita dapat berkumpul bersama-sama dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain, malah saya sendiri dapat bertemu dengan rakyat,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka  di Kompleks Japerun Mahcap Jaya, di sini, malam tadi.

Hadir sama memeriahkan majlis Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari.

Turut hadir barisan Exco Kerajaan Negeri antaranya Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Fairul Nizam Roslan; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Noordin.

Kemeriahan Syawal masih hangat dirasai apabila ramai dalam kalangan tetamu yang mengenakan baju raya tidak kurang pula mereka datang bersama keluarga memakai pakaian sedondon.

Selain itu gelagat maskot buah naga dan nanas memeriahkan lagi perjalanan rumah terbuka itu selain mencuri tumpuan tetamu khusus kanak-kanak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4805
Kongsi :
Previous post Operator berminat dipelawa bangunkan semula Taman Ekstrem Chin Chin – MPJ
Next post Kes denggi meningkat lebih 103 peratus
Ubah saiz-+=