Sorting by

×

Rumah Terbuka DUN Bukit Katil bantu 20 usahawan tempatan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BUKIT KATIL 30 April – Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil membantu sekurang-kurangnya 20 usahawan bidang perkhidmatan dan makanan tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil Adly Zahari berkata, penganjuran majlis tersebut juga dilihat mampu mengumpulkan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum sekitar kawasan DUN itu.

“Saya melihat penganjuran majlis rumah terbuka ini bagus dan mampu meningkatkan ekonomi usahawan tempatan dalam bidang makanan dan perkhidmatan khususnya.

“Sebagai contoh, pengusaha sate, air balang, katering, kuih-muih dan pelbagai lagi juadah yang disediakan kesemua daripada usahawan tempatan,” katanya ketika ditemui pada majlis itu yang diadakan di Dewan Demang Hussin, Bukit Katil, di sini, malam tadi.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Dalam perkembangan lain, Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan memaklumkan laporan penuh penuh siasatan dalaman insiden kematian anggota tentera yang ditemukan maut di Hutan Simpan Belum, Perak akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Ujarnya, laporan yang sepatutnya dibentang pada mesyuarat pasca kabinet lalu tidak dapat dilakukan ekoran mesyuarat tersebut ditangguhkan.

“Ia sepatutnya dibentang pada mesyuarat pasca kabinet lalu tetapi ditangguhkan, jadi kita akan maklumkan selepas laporan itu dibentang selepas sambutan Aidilfitri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1370
Kongsi :
Previous post Tak sampai tiga jam, lapan ekor kambing sudah digolek
Next post Aidilfitri dalam kesuraman
Ubah saiz-+=