Sorting by

×

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN ‘POGHUT’ AYER LIMAU

Masa Membaca:59 Saat

AYER LIMAU 11 April – Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau yang dijadualkan pada Jumaat depan akan menghidangkan kira-kira 40 jenis juadah untuk tetamu yang hadir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, jamuan yang akan berlangsung di perkarangan kediamannya di Kampung Jeram, di sini, berkonsepkan terbuka.

“Saya lebih selesa untuk menamakan rumah terbuka ini sebagai Jamuan Hari Raya Poghut Ayer Limau yang mana semua warga Ayer Limau dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan sambutan.

“Dijangka akan ada kira-kira 40 gerai makanan yang menyediakan pelbagai hidangan termasuklah juga menu istimewa iaitu lemang periuk kera beberapa lagi hidangan lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, pada majlis rumah terbuka itu nanti sudah pastinya peniaga makanan dalam kalangan penduduk Ayer Limau akan diberi keutamaan dalam menyediakan hidangan kepada tetamu.

“Semua hidangan atau makanan akan dimasak di gerai oleh peniaga bagi memberi kepuasan kepada tetamu yang hadir.

“Meskipun sambutan diadakan dalam keadaan bersederhana, namun apa yang kita mahukan adalah dapat bersama-sama dengan rakyat meraikan Aidilfitri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

415
Kongsi :
Previous post PENIAGA RUGI LEBIH RM26,000 DITIPU URUSAN TEMPAHAN HAMPER TIDAK WUJUD
Next post DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU