Sorting by

×

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PENGKALAN BATU BAWA KONSEP ‘GARDEN’

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

PENGKALAN BATU 12 April – Konsep sambutan Aidilfitri dalam taman menjadi antara tarikan pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu yang dijadualkan di Japerun Pengkalan Batu, malam esok (Ahad).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin berkata, bersesuaian dengan konsep ‘garden’, lokasi penganjuran akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai hiasan, selain pentas utama serta gerai makanan turut disediakan untuk tetamu yang hadir.

Katanya, bagi mengindah dan menceriakan lagi suasana malam, hiasan lampu bewarna-warni akan dipasang di sekitar lokasi tersebut.

“Untuk rumah terbuka tahun ini kita sasarkan kehadiran kira-kira 5,000 tetamu, justeru itu lebih 10 gerai makanan disediakan.

“Antara juadah yang akan disajikan adalah seperti nasi lemak, sate, rendang, mi goreng kuali besar, apam balik serta air balang. Pastinya dengan kepelbagaian makanan ini tetamu dapat menikmati bersama keluarga,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20250412 wa0017

Kalsom yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri berkata, beberapa ‘photo booth’ juga disediakan bagi membolehkan tetamu yang hadir untuk bergambar.

“‘Photo booth’ ini disediakan untuk memberi ruang kepada tetamu merakamkan gambar kenangan sama ada bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

“Malah pemberian duit raya juga ada diberikan khas kepada kanak-kanak yang hadir pada malam itu.

“Oleh itu saya menjemput orang semua khususnya warga Pengkalan Batu untuk hadir memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Pengkalan Batu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

527
Kongsi :
Previous post BALAI BOMBA BAHARU DI PEKAN ASAHAN
Next post 18 PROGRAM MERIAHKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-22 BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH