Sorting by

×

Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka: 70 jenis juadah, artis terkenal pun ada!

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

AYER KEROH 27 April – Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 29 April (Sabtu) bermula jam 10 pagi hingga 3 petang ini bakal menyajikan lebih 70 jenis juadah hari raya untuk pengunjung.

Menurut Urusetia Induk Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Melaka, rumah terbuka kali ini bertemakan floral (bunga-bungaan) yang menyediakan sebanyak 60 gerai-gerai makanan yang boleh dipilih pengunjung mengikut selera sendiri.

Katanya, gerai berkenaan terdiri daripada agensi Kerajaan Negeri sendiri dengan kepelbagaian menu disajikan, antaranya roti canai, ketupat, rendang, mi goreng, kebab dan banyak lagi.

photo_2023-04-27_18-13-27
Kakitangan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) membuat persiapan menghias gerai makanan menjelang Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 29 April ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Lebih menarik turut diadakan persembahan oleh artis tanah air kita seperti Siti Nordiana, Ameng Spring, Amir Ukays dan banyak lagi, artis-artis ini akan mengihiburkan dan menceriakan suasana rumah terbuka nanti.

“Setakat ini sudah 80 peratus persiapan rumah terbuka dilaksanakan, cuma tinggal kerja-kerja dekorasi gerai, kita percaya tahun ini akan lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Kemuncak rumah terbuka itu akan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang dijangka hadir pada pada jam 10 pagi.

photo_2023-04-27_18-12-09
Kumpulan persembahan membuat persiapan menjelang Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 29 April ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Katanya, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut hadir bagi menyambut ketibaan Tun Mohd Ali bersama barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Melaka.

“Ada tiga dewan yang dibuka semasa rumah terbuka ini, setiap dewan menyediakan menu yang sama, jadi pengunjung boleh pilih untuk duduk di tempat yang disediakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

15969
Kongsi :
Previous post Al-Sultan Abdullah zahir ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut ke-89
Next post Pembinaan semula LCS selepas kontrak tambahan dimuktamad – Panglima Tentera Laut
Ubah saiz-+=